Halaman

Rabu, 3 Ogos 2011

Soalan-soalan STPM 2000-2009

SOALAN TAHUN 2000
1. Bandingkan bentuk pentadbiran kolonial British di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah dari tahun 1819 hingga tahun 1888.
2. Bincangkan sebab-sebab perubahan dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British di negeri-negeri Melayu pada tahun 1874.
3.  Pendudukan Jepun telah berjaya melahirkan satu kesedaran politik yang meluas, lebih tersusun dan bersatu di kalangan berbagai-bagai bangsa selepas tahun 1945”.  Bincangkan pernyataan ini
4.  Jelaskan kesan-kesan penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905.
5.  Galurkan langkah-langkah yang membawa kepada pembentukan Malaysia.
6. .Struktur ekonomi Tanah Melayu pada tahun 1957 masih merupakan kesinambungan kepada sistem ekonomi kolonial.  Bincangkan perubahan-perubahan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan sehingga tahun 1963.
7.  Huraikan kesan sosial akibat campurtangan Barat terhadap kehidupan rakyat di Indonesia dan di Myanmar.
8.  Bandingkan tindak balas rakyat China dan Jepun dalam menghadapi persaingan kuasa Barat dari pertengahan abad ke-19 hingga dekad pertama abad ke-20.
9.  Bandingkan pemodenan Thailand semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn(1868-1910) dengan pemodenan Jepun semasa pemerintahan maharaja Meiji (1868-1912).

10.  Bincangkan perkembangan-perkembangan di luar Asia Tenggara yang memberi kesan kepada gerakan nasionalisme di Asia Tenggara sebelum tahun 1930-an.
11.  Bandingkan pendekatan pemulihan kuasa memerintah antara Maharaja Tung Chih di China dan Maharaja Meiji di Jepun.
12.  Bagaimanakah pertubuhan serantau dan antarabangsa membantu negara Asia Tenggara yang baru merdeka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan