Halaman

Ahad, 7 Ogos 2011

Soalan-soalan STPM 2000-2009

2003
• 1. Huraikan perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pemerintahan beraja dan pembesar Melayu di Perak dari tahun 1874 hingga tahun 1900.
• 2. Galurkan perkembangan ekonomi masyarakat Malaysia sehingga akhir abad ke-19.
• 3. Bandingkan keadaan politik antara Sungai Ujong dengan Selangor menjelang campurtangan British pada pertengahan tahun 1870-an.
• 4. Bincangkan sebab-sebab penentangan terhadap pemerintahan British di Kelantan pada tahun 1915 dan di Terengganu pada tahun 1928.
• 5. Jelaskan mengapa pada peringkat awal, Sabah dan Sarawak menolak Gagasan Malaysia.
• 6. Bincangkan dasar pendidikan di Tanah Melayu pada tahun 1957 hingga tahun 1963 dalam usaha membina sebuah negara yang bersatu.
• 7. Huraikan adat yang diamalkan oleh masyarakat Cina dan Jepun sebelum kedatangan Barat.
• 8. Huraikan sistem ekonomi tradisional di Thailand dan Filipina sebelum kedatangan Barat.
• 9. Bincangkan dasar pengilhalkan kuasa-kuasa Barat di Vietnam dan India pada abad ke-19.
• 10. Huraikan mengapa peranan dan pengaruh golongan agama dalam gerakan nasionalisme di Myanmar dan Indonesia mengalami kemerosotan selepas pertengahan tahun 1930-an.
• 11. Jelaskan mengapa kehadiran Jepun di Asia Tenggara telah membawa gerakan politik yang berbeza di Thailand dan Myanmar.
• 12. Jelaskan perkembangan politik yang berlaku di China dan Jepun setelah tamatnya Perang Dunia Kedua(1945 – 1955).

2004
• 1. Bincangkan jenis-jenis hamba dan kesan pemerintahan British terhadap sistem perhambaan di Tanah Melayu.
• 2. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahan bijih timah di Negeri-negeri Melayu dari tahun 1840-an hingga 1920-an.
• 3.Huraikan kepentingan Perjanjian Persekutuan 1896 dari segi politik dan ekonomi.
• 4. Bincangkan perjuangan gerakan Islah di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga 1938.
• 5. Bincangkan kebangkitan gerakan anti-British yang berlaku di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
• 6.Bincangkan alasan-alasan penentangan yang dikemukakan oleh kerajaan Indonesia, Filipina dan Brunei berkaitan dengan penubuhan Malaysia.
• 7. Bandingkan faktor-faktor yang menyebabkan Thailand dapat mengekalkan kedaulatannya daripada penjajahan kuasa Barat berbanding dengan negara China pada abad ke-19.
• 8.Jelaskan faktor-faktor yang membantu perkembangan pesat ekonomi komersil di Jepun pada abad ke-19.
• 9. Huraikan perkembangan pendidikan Barat di Indonesia dan di Thailand dari tahun 1850 hingga Perang Dunia Pertama.
• 10. Bincangkan perkembangan organisasi gerakan nasionalisme di Vietnam dari tahun 1931 hingga tahun 1931.
• 11. Huraikan corak perjuangan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi China pada tahun 1911 dan Mahatma Ghandi dalam gerakan nasionalisme di India sebelum tahun 1941.
• 12. Bandingkan dasar luar Vietnam dengan dasar luar Indonesia dari tahun 1945 hingga tahun1963.
2005

• 1.Sebelum campurtangan British di Negeri-negeri Melayu, golongan pembesar Melayu mempunyai kuasa politik, ekonomi dan sosial dalam pemerintahan. Bincangkan.
• 2. Bincangkan ekonomi bercorak komersil di Sarawak pada abad ke-19.
• 3. Huraikan bagaimana keluarga Temenggung berkuasa sepenuhnya di Johor pada akhir abad ke-19.
• 4. Bincangkan gerakan anti-Jepun di Malaysia antarantahun 1942 hingga 1945.
• 5. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh United Malays National Organisation(UMNO) dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.
• 6. Bincangkan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Asia Tenggara(ASA), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) dan Komanwel sejak tahun 1957.
• 7. Masyarakat Asia Tenggara pada awal abad ke-19 berpegang teguh kepada kepercayaan agama. Bincangkan.
• 8. Sejauhmanakah ekonomi menjadi faktor terpenting campurtangan Barat di negara China dan Jepun pada abad ke-19.
• 9. Bandingkan tindak balas masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat di Filipina dan India pada abad ke-19.
• 10. Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar dari tahun 1900 hingga 1941.
• 11. Bincangkan langkah-langkah pemodenan yang dilakukan oleh Maharaja Chulalongkorn di Thailand dan Raja Mindon Min di Myanmar.
• 12. Huraikan bagaimana Amerika Syarikat berjaya mengukuhkan fahaman demokrasi dalam pentadbiran negara Filipina(1935 – 1946) dan Jepun (1945 – 1952).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan