Halaman

Rabu, 10 Ogos 2011

SOALAN STPM

SOALAN STPM 2006
BAHAGIAN A
Jawab dua soalan sahaja.
1. Huraikan struktur masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874.
2. Masyarakat Melayu sebelum kedatangan British bukanlah masyarakat pertanian semata-mata. Bincangkan.
3. Jelaskan factor-faktor yang mendorong penghijrahan kaum Cina ke Tanah Melayu dari pertengahan abad ke-19 hingga abad ke-20.
4. Bincangkan kesan social dan ekonomi akibat pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1942 hingga 1945.
5. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Gerakan Anti Penyerahan Sarawak pada tahun 1946 dan faktor-faktor kegagalan gerakan tersebut.
6. Bincangkan kekuatan dan kelemahan dasar luar pro-Barat dan antikomunis yang diamalkan oleh Tanah Melayu selepas kemerdekaan.

BAHAGIAN B

7. Bandingkan susun lapis masyarakat Vietnam dengan susun lapis masyarakat Jepun pada abad ke-19.
8. Bincangkan kesan kedatangan kuasa Barat terhadap perubahan ekonomi di Indonesia dan Filipina.
9. Analisis kesan hegemoni kuasa Barat terhadap China dan Jepun pada abad ke-19.
10. Bincangkan pengaruh agama terhadap kebangkitan semangat kebangsaan di Indonesia dan Filipina.
11. Bincangkan peristiwa sejak tahun 1940-an yang membawa kemerdekaan India dan Filipina.
12. Bincangkan dasar luar Thailand dan dasar luar Indonesia selepas Perang Dunia Kedua.











SOALAN STPM 2007
BAHAGIAN A
Jawab dua soalan sahaja.
1. Bincangkan peranan adat dalam kehidupan masayarakat Melayu sebelum campurtangan British.
2. Bincangkan perkembangan perusahaan bijih timah di tanah Melayu hingga 1941.
3. Bincangkan reaksi masyarakat tempatan terhadap pentadbiran Brooke di Sarawak pada abad ke-19.
4. Bincangkan factor-faktor yang menyatukan orang Melayu untuk menentang Malayan Union pada tahun 1946.
5. Bincangkan perkembangan dan peranan persatuan-persatuan Melayu dari tahun 1926 hingga 1937.
6. Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan istimewa dalam Persekutuan Malaysia.

BAHAGIAN B

7. Bandingkan institusi pemerintahan kemaharajaan di China dengan institusi pemerintahan kemaharajaan di Jepun hingga abad ke-19.
8. Bincangkan kegiatan ekonomi di Indonesia dan Thailand hingga awal abad ke-20.
9. Pertembungan antara kebudayaan Barat dengan kebudayaan tempatan telah mengakibatkan meletusnya Perang Jawa 1825-1830 dan Dahagi India 1857. Bincangkan.
10. Bandingkan perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut 1851-1868 di Thailand dengan perubahan yang dilakukan oleh Raja Mindon Min 1853-1878 di Myanmar dalam usaha mengekalkan kemerdekaaan Negara masing-masing.
11. Bincangkan perjuangan bersenjata yang dilakukan oleh Parti Komunis China(PKC) dan Parti Komunis Indonesia (PKI) hingga pertengahan abad ke-20.
12. Bincangkan dasar luar yang diamalkan oleh Pakistan dan China selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1963.










SOALAN STPM 2008
BAHAGIAN A
Jawab dua soalan sahaja.

1. Bincangkan peranan pembesar Melayu di Pahang sebelum campurtangan British.
2. Bincangkan kegiatan ekonomi komersil di sabah pada abad ke-19 hingga awal abad ke-20.
3. Bincangkan factor campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu pada abad ke-19.
4. Huraikan kesan sosioekonomi sebagai akibat kemasukan orang Cina dan orang India pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20.
5. Bincangkan usaha kerajaan untuk meningkatkan penglibatan dan sokongan penduduk tempatan dalam membanteras ancaman komunis dari tahun 1948 hingga tahun 1954.
6. Analisis perkembangan pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga tahun 1961.


Bahagian B

7. Huraikan sistem pemerintahan beraja di Thailand dan China sebelum penglibatan kuasa Barat.
8. Bincangkan kewujudan masyarakat berbilang kaum di Myanmar dan Indonesia pada abad ke-19.
9. Bincangkan perkembangan sistem pendidikan di Filipina dan Jepun pada abad ke-19.
10. Bandingkan perjuangan antara Parti Nasional Indonesia dengan Kongress Kebangsaan India dalam gerakan nasionalisme hingga tahun 1941.
11. Usaha pemodenan di Jepun pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20 lebih berjaya berbanding dengan usaha pemodenan di China. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?
12. Bincangkan usaha pembangunan ekonomi dan sosial yang dilaksanakan di Filipina dan Vietnam dari tahun 1945 hingga tahun 1963.


SOALAN STPM 2009
BAHAGIAN A
Jawab dua soalan sahaja.

1. Huraikan bentuk pemerintahan baru yang diperkenalkan oleh Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke-19.
2. Bincangkan pengaruh Islam terhadap kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sebelum campurtangan British pada tahun 1874.
3. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh British untuk meluaskan pengaruhnya di Negeri-negeri Melayu Utara Tanah Melayu dari tahun 1897 hingga tahun 1909.
4. Kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh perkembangan
ekonomi perdagangan pada awal abad ke-20. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan

pernyataan ini?

5. Bincangkan matlamat dan strategi perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938.

6. Bincangkan dasar ekonomi yang dijalankan di Tanah Melayu dari tahun 1956 hingga tahun 1963.



Bahagian B

7. Bincangkan peranan pembesar di Thailand dan Vietnam sebelum peluasan pengaruh Barat.
8. Bincangkan kegiatan pertanian sara diri di India dan Vietnam sebelum campurtangan Barat.
9. Bincangkan factor yang mendorong meletusnya Perang Inggeris Burma 1824-1826 dan Perang Candu 1 1839-1842.
10. Sejauhmanakah agama dan bahasa memainkan peranan dalam menyatukan bangsa Indonesia dan India pada abad ke-20?
11. Bincangkan perjuangan Jose Rizal dalam gerakan nasionalisme di Filipina dan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi China pada tahun 1911.
12. Bandingkan dasar luar Thailand dengan dasar luar Jepun selepas Perang Dunia kedua hingga tahun 1963.


























































Tiada ulasan:

Catat Ulasan