Halaman

Rabu, 10 Ogos 2011

TEMA 1= SISTEM EKONOMI KOMERSIL


Thailand
·        Pertanian
·        Tanaman padi di Menam Chao Phraya, Dataran Tengah dan Korat.
·        Tebu  kawasan Bangkok, Cholburi dan Nakhon Pathon.
·        Getah kawasan Segenting Kra.
·        Perdagangan
·        Beras, gula, kayu jati, bijih timah merupakan eksport utama Thailand.
·        Eksport utama beras ke Malaysia, Filipina, Indonesia, Jepun.
·        Eksport utama gula ke Eropah.
·        Kejayaan kegiatan ekonomi komersil ialah tenaga buruh yang murah dan modal yang banyak daripada pelabur Eropah dan China.



THAILAND
·        Gula Thai mendapat sambutan baik.
·        Firma Eropah dan Amerika menumpukan minat untuk bersaing, pada tahun 1860-an kilang wap Barat telah dibina di Bangkok dan Cholburi.
·        Permintaan Barat terhadap bijih timah telah membawa kemasukan orang China ke kawasan perlombongan di Segenting Kra bertambah pesat.
·        Orang Barat dapat mengatasi pelombong China dalam perusahaan ini apabila kapal korek diperkenalkan tahun 1907. Menjelang tahun 1930 terdapat 30 buah kapal korek dan mengatasi pengeluaran orang China.


INDONESIA
·        Pertanian
·        Tanaman gula, kopi, teh, kina dan tembakau.
·        Kawasan ialah Pulau Jawa, Deli, Sumatera.
·        Pelabur dan syarikat Barat terlibat dalam kegiatan ekonomi ini.
·        Perdagangan
·        Gula, kopi, teh, kina, tembakau, bijih timah dan minyak.
·        Ladang Wingfoot milik syarikat Goodyear mengusahakan ladang getah di Dolok dan Merangir.
·        Syarikat lain Syarikat Bijih Timah Belitong, Syarikat Minyak Dordrechtdan Standard Oil milik Amerika.
·        Tembakau merupakan eksport utama Indonesia.

·        Pengenalan Dasar Liberal perusahaan kopi telah diswastakan oleh Kerajaan Belanda. Kopi merupakan eksport utama Indonesia.
·        Ladang-ladang dan firma Barat menguruskan pengeluaran kopi Indonesia. Kopi dieksport ke Barat.
·        Soekaboemische Landbouw Vereenignig ditubuhkan pada tahun1881 untuk menguruskan proses dan teknik mutu teh.
·        Taman Botanikal Bogor menghantar pegawai ke Amerika Selatan untuk mendapatkan benih-benih kina yang baru. Dasar Liberal telah menarik pelabur-pelabur Eropah dalam melabur dan pengeluaran kina.
·        Orang China terlibat dalam kegiatan bijih timah di Bangka. Pada tahun 1890 jentera wap digunakan dalam kegiatan perlombongan bijih timah.


FILIPINA
·        Pertanian
·        Abaka, kelapa kering, teh, tembakau dan tebu.
·        Kawasannya Gaganpan, Ilocos, Bicol, Luzon dan Visayas.
·        Perdagangan
·        Abaka, kelapa kering, teh, tembakau dan tebu.
·        Kemasukan pelabur asing, penggunaan teknologi dan jentera moden memesatkan perusahaan gula. Amerika membawa masuk orang China.
·        Sistem ekonomi komersil membawa masuk pelabur asing dan mewujudkan perdagangan antarabangsa.
·        Perlombongan bijih besi di Luzon. Batu arang juga dilombong di Luzon.


INDIA
·        Pertanian
·        Tanaman padi, gandum, sekoi, kapas, jut, teh, millet.
·        Kawasannya ialah Lembah Ganges, Indus,  Mahanadi, Dacca, Lucknow dan Midnapore.
·        Perdagangan
·        Gandum, sekoi, kapas, jagung, jut, millet.
·        Pengeluaran perusahaan kain kapas India mendapat permintaan yang baik dari Eropah, Asia Barat dan Asia Tenggara.
·        Taman Botani menjalankan penyelidikan secara saintifik dan mengenal jenis-jenis tanaman yang sesuai ditanam.
·        Syarikat Teh Assam ditubuhkan pada tahun 1840 untuk menanam dan mengeluarkan teh di India untuk dieksport.
·        Jut ditanam untuk dieksport ke Amerika, Mesir  dan Australia.
·        George Acland mendirikan kilang jut di Serampore menggunakan teknologi moden.
·        Lombong arang batu dibuka di Raniganj, Bengal, keluaran meningkat daripada 3.3 juta  kepada 7 juta tan setahun.
·        Perkembangan sistem keretapi faktor penting pertumbuhan ekonomi di India.
·       Penanaman kapas dan jut membolehkan masyarakat tempatan menceburkan diri dalam kegiatan ini.

CHINA
·        Pertanian
·        Tanaman padi di Lembah Hwang Ho.
·        Tanaman lain teh, sekoi, barli, millet, gandum, kacang soya, kapas, mulberi. Kawasan Shanghai, Tientsin.
·        Perdagangan
·        Kapas, teh, bahan-bahan binaan, alat senjata, pinggan mangkuk, tembikar dan kain sutera.
·        Perlombongan
·        Bijih besi
·        Pada tahun 1902 jumlah pelaburan asing mencapai $788 juta meningkat pada tahun 1914 sebanyak $ 1610 juta.
·        Pelaburan asing di China diiringi dengan pengenalan teknologi moden menyebabkan pelabur tempat berbuat demikian juga contohnya Tong King Sing pengarah Syarikat China Merchant Steam.
·        Pelabur asing juga mendominasi perkembangan ekonomi dengan memperkenalkan institusi bank dan kewangan contoh British Chartered Oriental Banking Corporation.
·        Syarikat perdagangan dikuasai oleh pedangan asing dalam perkembangan syarikat perkapalan contohnya Syarikat Shanghai Steam Navigation.
·       Syarikat British Kaiping Coal Mine menjalankan aktiviti perlombongan arang batu di Chihli.

JEPUN
·        Perindustrian
·        Jepun menukar bentuk ekonominya daripada sebuah negara pertanian kepada perindustrian.
·        Selepas tahun 1930 Jepun menumpukan kepada perindustrian berat. Antaranya Zaibatsu.
·        Eskport utama Jepun ialah teh, benang sutera.
·        Eksport lain ialah jentera, tekstil, gentian tiruan dan hasil laut.

1 ulasan: