Thailand
· Pertanian
· Tanaman padi di Menam Chao Phraya, Dataran Tengah dan Korat.
· Tebu kawasan Bangkok, Cholburi dan Nakhon Pathon.
· Getah kawasan Segenting Kra.
· Perdagangan
· Beras, gula, kayu jati, bijih timah merupakan eksport utama Thailand.
· Eksport utama beras ke Malaysia, Filipina, Indonesia, Jepun.
· Eksport utama gula ke Eropah.
· Kejayaan kegiatan ekonomi komersil ialah tenaga buruh yang murah dan modal yang banyak daripada pelabur Eropah dan China.
THAILAND
· Gula Thai mendapat sambutan baik.
· Firma Eropah dan Amerika menumpukan minat untuk bersaing, pada tahun 1860-an kilang wap Barat telah dibina di Bangkok dan Cholburi.
· Permintaan Barat terhadap bijih timah telah membawa kemasukan orang China ke kawasan perlombongan di Segenting Kra bertambah pesat.
· Orang Barat dapat mengatasi pelombong China dalam perusahaan ini apabila kapal korek diperkenalkan tahun 1907. Menjelang tahun 1930 terdapat 30 buah kapal korek dan mengatasi pengeluaran orang China.
INDONESIA
· Pertanian
· Tanaman gula, kopi, teh, kina dan tembakau.
· Kawasan ialah Pulau Jawa, Deli, Sumatera.
· Pelabur dan syarikat Barat terlibat dalam kegiatan ekonomi ini.
· Perdagangan
· Gula, kopi, teh, kina, tembakau, bijih timah dan minyak.
· Ladang Wingfoot milik syarikat Goodyear mengusahakan ladang getah di Dolok dan Merangir.
· Syarikat lain Syarikat Bijih Timah Belitong, Syarikat Minyak Dordrechtdan Standard Oil milik Amerika.
· Tembakau merupakan eksport utama Indonesia.
· Pengenalan Dasar Liberal perusahaan kopi telah diswastakan oleh Kerajaan Belanda. Kopi merupakan eksport utama Indonesia.
· Ladang-ladang dan firma Barat menguruskan pengeluaran kopi Indonesia. Kopi dieksport ke Barat.
· Soekaboemische Landbouw Vereenignig ditubuhkan pada tahun1881 untuk menguruskan proses dan teknik mutu teh.
· Taman Botanikal Bogor menghantar pegawai ke Amerika Selatan untuk mendapatkan benih-benih kina yang baru. Dasar Liberal telah menarik pelabur-pelabur Eropah dalam melabur dan pengeluaran kina.
· Orang China terlibat dalam kegiatan bijih timah di Bangka. Pada tahun 1890 jentera wap digunakan dalam kegiatan perlombongan bijih timah.
FILIPINA
· Pertanian
· Abaka, kelapa kering, teh, tembakau dan tebu.
· Kawasannya Gaganpan, Ilocos, Bicol, Luzon dan Visayas.
· Perdagangan
· Abaka, kelapa kering, teh, tembakau dan tebu.
· Kemasukan pelabur asing, penggunaan teknologi dan jentera moden memesatkan perusahaan gula. Amerika membawa masuk orang China.
· Sistem ekonomi komersil membawa masuk pelabur asing dan mewujudkan perdagangan antarabangsa.
· Perlombongan bijih besi di Luzon. Batu arang juga dilombong di Luzon.
INDIA
· Pertanian
· Tanaman padi, gandum, sekoi, kapas, jut, teh, millet.
· Kawasannya ialah Lembah Ganges, Indus, Mahanadi, Dacca, Lucknow dan Midnapore.
· Perdagangan
· Gandum, sekoi, kapas, jagung, jut, millet.
· Pengeluaran perusahaan kain kapas India mendapat permintaan yang baik dari Eropah, Asia Barat dan Asia Tenggara.
· Taman Botani menjalankan penyelidikan secara saintifik dan mengenal jenis-jenis tanaman yang sesuai ditanam.
· Syarikat Teh Assam ditubuhkan pada tahun 1840 untuk menanam dan mengeluarkan teh di India untuk dieksport.
· Jut ditanam untuk dieksport ke Amerika, Mesir dan Australia.
· George Acland mendirikan kilang jut di Serampore menggunakan teknologi moden.
· Lombong arang batu dibuka di Raniganj, Bengal, keluaran meningkat daripada 3.3 juta kepada 7 juta tan setahun.
· Perkembangan sistem keretapi faktor penting pertumbuhan ekonomi di India.
· Penanaman kapas dan jut membolehkan masyarakat tempatan menceburkan diri dalam kegiatan ini.
CHINA
· Pertanian
· Tanaman padi di Lembah Hwang Ho.
· Tanaman lain teh, sekoi, barli, millet, gandum, kacang soya, kapas, mulberi. Kawasan Shanghai, Tientsin.
· Perdagangan
· Kapas, teh, bahan-bahan binaan, alat senjata, pinggan mangkuk, tembikar dan kain sutera.
· Perlombongan
· Bijih besi
· Pada tahun 1902 jumlah pelaburan asing mencapai $788 juta meningkat pada tahun 1914 sebanyak $ 1610 juta.
· Pelaburan asing di China diiringi dengan pengenalan teknologi moden menyebabkan pelabur tempat berbuat demikian juga contohnya Tong King Sing pengarah Syarikat China Merchant Steam.
· Pelabur asing juga mendominasi perkembangan ekonomi dengan memperkenalkan institusi bank dan kewangan contoh British Chartered Oriental Banking Corporation.
· Syarikat perdagangan dikuasai oleh pedangan asing dalam perkembangan syarikat perkapalan contohnya Syarikat Shanghai Steam Navigation.
· Syarikat British Kaiping Coal Mine menjalankan aktiviti perlombongan arang batu di Chihli.
JEPUN
· Perindustrian
· Jepun menukar bentuk ekonominya daripada sebuah negara pertanian kepada perindustrian.
· Selepas tahun 1930 Jepun menumpukan kepada perindustrian berat. Antaranya Zaibatsu.
· Eskport utama Jepun ialah teh, benang sutera.
· Eksport lain ialah jentera, tekstil, gentian tiruan dan hasil laut.